LG Q9 One Dilancarkan Di Korea – Hadir Berasaskan Android One, Dijana Snapdragon 835
LG

LG Q9 One Dilancarkan Di Korea – Hadir Berasaskan Android One, Dijana Snapdragon 835

Diterbitkan pada Feb 12, 2019 oleh .

LG masih tidak melupakan arena peranti mudah-alih, dan masih terus hadir dengan beberapa penawaran baru. Terkini, hari ini mereka mengumumkan sebuah telefon pintar baru untuk pasaran Korea Selatan, iaitu LG Q9 One.

LG Q9 One

LG Q9 One hadir dengan sistem operasi berasaskan Android One – sekaligus menjanjikan kemaskini sistem operasi Android dan sekuriti semasa dengan pantas.

LG Q9 One menggunakan skrin 6.2-inci, dijana cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkannya juga adalah kamera belakang 16-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Telefon pintar ini menggunakan bateri 3000mAh bersama-sama dengannya.

LG Q9 One

Buat masa ini, penawaran telefon pintar ini hanya di Korea Selatan sahaja dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke negara-negara lain atau tidak.


TIPS & ULASAN