Cari @ Amanz

Hari ini kami digemparkan dengan berita bahawa PayPal, syarikat pembayaran atas talian yang cukup terkenal bakal menutup pejabat Malaysia mereka, dan akan memulakan proses VSS (Voluntary Separation Scheme) bermula bulan April 2019 sehingga Ogos 2019 kelak.

Menurut sumber-sumber kami, pengumuman penutupan pejabat Malaysia dikeluarkan hari ini oleh ibu pejabat PayPal di Amerika Syarikat, dengan alasan pertukaran bisnes model untuk menjadikan perniagaan mereka lebih efisyen.

Kami juga diberitahu bahawa semua pekerja PayPal Malaysia akan terkesan akibat penutupan ini, tetapi syarikat tersebut akan membantu para pekerja mereka untuk mencari pekerjaan baru melalui pelbagai latihan yang akan meningkatkan kebarangkalian mereka untuk mencari pekerjaan.

Diantara bahagian-bahagian Paypal yang ditempatkan di Malaysia dan akan terkesan dengan penutupan ini termasuklah bahagian khidmat pelanggan, bahagian pengurusan dan juga bahagian teknikal.

Untuk pelanggan Paypal di rantau APAC, ia juga dikatakan bahawa semua kemusykilan pelanggan akan ditangani oleh pusat khidmat pelanggan yang akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak.

Kemaskini: Pihak PayPal telah menghantar sebuah kenyataan kepada kami, dan telah menyatakan bahawa walaupun pejabat PayPal Malaysia akan ditutup pada penghujung tahun ini, para pelanggan tidak perlu khuatir kerana semua perkhidmatan PayPal yang sedia ada masih akan berjalan seperti biasa.

Dibawah ialah kenyataan yang dihantar kepada kami:

“We have made the difficult decision to close PayPal’s Operations Centre in Malaysia by the end of this year. The work currently being delivered at our Operations Centre in Malaysia will gradually move to other locations. This internal reorganization does not affect our customers in Malaysia, who can continue to use our products and services as normal.

We regularly review our global site structure and staffing to ensure the support and services we provide at each site best meet the evolving demands of our customers. Our Operations Centre in Malaysia has done a remarkable job serving our customers since the site opened in 2011. However, this decision was made to align our investment in sites that are better equipped to support the future needs of our customers and our company.

Our priority now is to do everything we can to set up our employees for future success and we are fully committed to helping them as they transition to the next step in their careers. As well as offering comprehensive separation packages, we have built an on-site careers center to promote job opportunities and provide immediate assistance to employees.”

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd