Telefon Memfokuskan Permua, Black Shark Versi Rasmi Malaysia Kini Boleh Dipra-Tempah – Bermula RM1599

Telefon Memfokuskan Permua, Black Shark Versi Rasmi Malaysia Kini Boleh Dipra-Tempah – Bermula RM1599

Diterbitkan pada Feb 12, 2019 oleh .

Black Shark merupakan salah satu jenama telefon pintar dibawah Xiaomi, dimana Black Shark memfokuskan kepada penawaran telefon pintar dengan pengoptimasian untuk permainan video atau permua. Ia telah dilancarkan sejak tahun lepas, dan menariknya kini ia turut telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Xiaomi Black Shark

Buat masa ini, Black Shark sudah boleh dipra-tempah melalui DirectD, dimana ia ditawarkan dalam dua variasi. Versi 6GB RAM dan 64GB storan ditawarkan pada harga RM1599, sementara versi 8GB RAM dan 128GB storan ditawarkan pada harga RM1799.

Black Shark hadir dengan skrin 5.99-inci HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 845, serta menyertakan sokongan teknologi penyejukan berasaskan cecair. Ia menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 20MP, selain kamera swafoto 20-megapixel. Pembelian hadir dengan jaminan rasmi selama setahun oleh pengedar rasmi Black Shark, selain ia turut menawarkan Black Shark GamePad bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan melalui laman DirectD hari ini, dan mendapatkan set asli berbanding set import yang dijual beberapa penjual lain.


TIPS & ULASAN