Cari @ Amanz

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S10 akan dilancarkan. Setakat ini apa yang diketahui ialah ia bakal dilengkapi sistem pengecasan nirwayar untuk aksesori serta ditawarkan dalam tiga versi iaitu Galaxy S10+, S10 dan S10e. Pagi ini menurut laporan GSMArena, spesifikasi penuh ketiga-ketiga peranti telah tertiris sepenuhnya.

Samsung Galaxy S10+ dilengkapi skrin 6.3″ QHD+ SAMOLED, dijana pemproses Eynos 9820, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 1TB, kamera utama 16+12+12 Megapixel f/2.2+f/1.5+f/2.4, kamera swafoto 10+8 Megapixel f/1.9+f/2.2 dan bateri sebesar 4100 mAh. Kamera utama menggunakan lensa ultra sudut lebar, biasa dan telefoto. Kamera hadapan pula hadir dengan kemampuan auto fokus dan rakaman video 4K.

Samsung Galaxy S10 pula dilengkapi skrin 6.1″ QHD+ SAMOLED, dijana pemproses Eynos 9820, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 512B, kamera utama 16+12+12 Megapixel f/2.2+f/1.5+f/2.4, kamera swafoto 10-Megapixel f/1.9  dan bateri sebesar 3400 mAh. Kamera utama menggunakan lensa ultra sudut lebar, biasa dan telefoto. Kamera hadapan pula hadir dengan kemampuan auto fokus dan rakaman video 4K.

Akhir sekali ialah Samsung Galaxy S10e yang dilengkapi skrin 5.8″ QHD+ SAMOLED, dijana pemproses Eynos 9820, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256B, kamera utama 16+12 Megapixel f/2.2+f/1.5, kamera swafoto 10-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3100 mAh. Kamera utama menggunakan lensa ultra sudut lebar dan biasa tanpa kemampuan telefoto. Kamera hadapan pula hadir dengan kemampuan auto fokus dan rakaman video 4K.

Samsung Galaxy S10+ dan S10 akan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin serta sistem imbasan wajah 3D. Samsung Galaxy S10e pula mempunyai pengimbas cap jari ada sisi peranti terbina pada butang kuasa.

Ketiga-tiga peranti ditawarkan dalam warna Prism White, Prism Green dan Prism Black. Galaxy S10+ akan hadir dalam penawaran warna ekslusif Luxurious Ceramic Black dan Luxurious Ceramic White. Bagi yang menggemari warna kuning. S10e akan turut ditawarkan dalam warna Canary Yellow. Ketiga-tiga model mempunyai spesifikasi yang menarik tetapi yang manakah menjadi pilihan pembaca?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd