Samsung Galaxy Watch Active Akan Menjalankan Sistem Operasi One UI

Samsung Galaxy Watch Active Akan Menjalankan Sistem Operasi One UI

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Nampkanya sejak Samsung umumkan One UI ia bukan sahaja untuk telefon pintar, tetapi juga jam tangan pintar. Ini kerana, imej pengolokan Samsung Galaxy Watch Active yang tertiris – dilihat menjalankan sistem operasi One UI.

One UI pada jam tangan pintar ini masih lagi berasaskan Tizen dan bukannya Android. Salah sebab kenapa One UI digunakan pada Samsung Galaxy Watch Active ini adalah, ia tidak lagi mempunyai bingkai yang boleh diputar jadi – seperti One UI pada telefon pintar, jam ini akan banyak menggunakan kawalan gesture serta menggunakan dua butang sahaja.

Melalui apa yang tertiris, rekaan keseluruhan One UI ini adalah tema gelap, mempunyai banyak muka jam dengan fungsi menjejak aktiviti pengguna dan banyak lagi. Samsung Galaxy Watch Active ini dikatakan akan dilancarkan bersama-sama dengan kesemua Galaxy S10 tidak lama lagi.

 

Sumber: GSMArena melalui SAMMOBILE (sudah dipadam)


TIPS & ULASAN