Pada malam semalam, kami perasan bahawa Twitter sedang mengalami isu dimana jumlah Retweet dan Like dilihat turun dan naik secara rawak. Kami bertanyakan rakan-rakan kami, dan nampaknya terdapat sebilangan besar daripada pengguna-pengguna Twitter yang berkata mereka melihat masalah yang sama.
Tidak lama lalu, pihak Twitter telah mengesahkan bahawa ciri Retweet dan Like tersebut memang menghadapi masalah turun di seluruh dunia, dan mereka sedang bekerja keras untuk memperbaikinya.
Some people around the world are experiencing an issue with notifications, Likes, and Retweets. We’re working on resolving this and will follow up soon. We apologize for the inconvenience.
— Twitter Support (@TwitterSupport) February 12, 2019
Menurut akaun sokongan Twitter, nampaknya ciri notifikasi juga menghadapi masalah dimana ia tidak akan keluar apabila kicauan anda diRT, like ataupun dijawab.
Dalam pada itu, pihak Twitter masih belum mengesahkan jika analisis kicauan-kicauan terkesan oleh isu ini.