Cari @ Amanz

Apple Akan Mengadakan Acara Khas Pada 25 Mac – Mungkin Melancarkan Perkhidmatan Langganan Berita

Link Copied!

Tahun ini Apple akan melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka pada tahun ini. Ia dijangka akan mula beroperasi sekitar bulan April dengan penawaran kandungan asli bersama dengan HBO dan Showtime. Menurut laporan Buzzfeed, Apple akan mengadakan acara khas pada 25 Mac hadapan untuk melancarkan perkhidmatan ini.

Selain perkhidmatan penstriman video, Apple turut dipercayai akan melancarkan perkhidmatan langganan berita mereka. Menerusi langganan pengguna boleh mendapatkan berita dan majalah secara digital. Di dalam laporan yang sama, Buzzfeed turut mengatakan model baharu iPad dan AirPods tidak akan dilancarkan.

Ini adalah sedikit canggung kerana secara tradisi model iPad baharu dilancarkan pada penghujung Mac. Ramai yang amat menantikan model kemas kini untuk bukan sahaja iPad Mini malah untuk AirPods, AirPower dan iPod Touch yang kami laporkan sebelum ini.

Menurut laporan kewangan terkini Apple, perkhidmatan kini menjana pendapatan kedua terbesar selepas perniagaan iPhone. Perkhidmatan penstriman seperti Netflix dan berita dilihat sebagai strategi mereka yang seterusnya dengan jualan iPhone yang menyusut 15% sepanjang 2018.


Komen ()