Xiaomi Bakal Memperkenalkan Xiaomi 9 Pada 20 Februari – Rekaan Belakang Diperlihatkan

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Xiaomi 9 Pada 20 Februari – Rekaan Belakang Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Xiaomi mempunyai beberapa penawaran keluarga peranti, dan peranti mercu mereka sering hadir dibawah nama Mi. Pada tahun ini, ia dilihat Xiaomi akan memanggil telefon mercu mereka sebagai Xiaomi 9, dan kini menjadualkan tarikh 20 Februari untuk pengenalan telefon pintar berkenaan.

Bersama-sama dengan pengumuman tarikh pelancaran berkenaan, Xiaomi turut memperlihatkan rekaan belakang telefon Xiaomi 9. Ia dilihat akan menggunakan tri-kamera belakang, selain mungkin ditawarkan bersama sejumlah rekaan kerangka luaran yang menarik.

Xiaomi Mi 9

Spesifikasi penuh dan ciri-ciri menarik yang akan dibawakan olehnya masih tidak diketahui lagi. Ia agak menarik untuk melihat Xiaomi memilih pelancaran peranti mereka sehari sebelum Samsung memperkenalkan Galaxy S10.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat penawaran peranti mercu daripada Xiaomi untuk 2019 ini.


TIPS & ULASAN