LG G8 ThinQ adalah peranti mercu dari LG untuk tahun ini. Selepas rekaan dan informasi mengenai sistem nyahkunci buat peranti ini, hari ini – imej pengolokan tertiris.
Melalui imej pengolokan ini, LG dilihat kekal dengan port bicu audio, takuk pada skrin yang mirip dengan LG G7 ThinQ, serta kelihatan mempunyai rekaan bingkai yang lebih nipis. Berbeza dengan pesaing lain, LG G8 ThinQ masih lagi kekal dengan pengimbas cap jari di belakang yang klasik. Kemudian, membuatkan rekaan LG G8 ThinQ ini berbeza dengan model sebelumnya adalah rekaan dwi-kamera melintang seakan LG V40 ThinQ.
Menurut ura-ura, LG G8 ThinQ akan dijana dengan Snapdragon 855, memori sehingga 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Skrin OLED tidak lagi LCD seperti G7 ThinQ dengan resolusi 1440 x 3120 serta perlindungan kalis air dan debu. Untuk sokongan dwi-skrin seperti yang kami laporkan sebelum ini, masih tidak pasti bagaimana ia akan berfungsi – kerana dalam gambar ini tiada port khas untuk sambungkan aksesori dwi-skrin tersebut.
LG dijangka akan umumkan peranti ini pada penghujung bulan Februari, berkemungkinan di MWC 2019. Kemudian, menurut sumber lain – harga LG G8 ThinQ dijangka akan mencecah sekitar CAD1199, iaitu sekitar RM3691. Sama-sama kita nantikan.