Cari @ Amanz

Pada Julai lalu, Oppo Malaysia telah melancarkan Oppo A3s untuk pasaran tempatan. Ia merupakan telefon pintar dengan spesifikasi asas-pertengahan. Terkini, bermula Februari ini, pengguna boleh mula mendapatkan peranti ini pada harga yang lebih rendah. Menurut Oppo, pengguna boleh mendapatkan Oppo A3s dengan pilihan memori 3GB RAM bersama storan 32GB pada harga RM599 bermula pada tarikh 14 Februari ini.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 6.2-inci HD+ bertakuk, selain dijana dengan cip pemproses Snapdragon 450. Pada bahagian belakang peranti, ia menampilkan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP serta hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel pada bahagian rekaan bertakuk di skrin hadapan. Melengkapkan ia adalah penyertaan bateri bersaiz besar berkapasiti 4230mAh.

Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini boleh didapati dengan dua pilihan warna, iaitu Red dan Dark Purple dan boleh membeli Oppo A3s di kedai konsep Oppo yang terdekat dan semua kedai rangkaian rasmi Oppo di seluruh Malaysia. Untuk anda yang lebih gemar melakukan transaksi atas talian, anda boleh membeli Oppo A3s di platform atas talian rasmi Oppo atau di laman e-dagang Oppo di Lazada dan Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd