Cari @ Amanz

Terdapat jutaan gambar stok yang boleh dimuat turun dari Internet. Namun begitu untuk mencari gambar yang stok yang menepati keperluan mungkin agak sukar dan di biasanya dijual pada harga yang agak mahal. Bagi mereka yang kreatif dan tidak berwang, Photos Creator ialah laman yang membolehkan anda menghasilkan gambar stok rekaan sendiri.

Pengguna boleh menggunakan ratusan gambar stok yang ditawarkan yang kemudiannya dipadankan dengan gambar lain di dalam galeri Photos Creator. Gambar yang dihasilkan kemudian boleh dieksport ke format JPEG ataupun PSD untuk suntingan seterusnya di dalam Photoshop. Pelbagai pilihan saiz kanvas diberikan seperti 3:2, 16:9, Instgram Stories dan juga iPhone. Jumlah gambar stok yang boleh anda hasilkan adalah berkadar terus dengan kekreatifan minda ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd