GrabExpress – Perkhidmatan Penghantaran Barang Kini Beroperasi Di Lembah Klang

GrabExpress – Perkhidmatan Penghantaran Barang Kini Beroperasi Di Lembah Klang

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Grab kini telah meluaskan perkhidmatan penghantaran barangan dan dokumen secara pantas di kawasan Klang Valley. Ia dilihat Grab membawakan servis penghantaran ini bagi memudahkan pengguna untuk membuat penghantaran dokumen, hadiah dan bungkusan terus ke pintu penerima di sesuatu lokasi.

Perkhidmatan ini turut hadir di beberapa buah negara lain termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina, dimana servis pada aplikasi Grab ini boleh digunakan secara meluas oleh pengguna. Menariknya, pengguna kini turut boleh menggunakan servis penghantaran ‘multi-stop’, yang mana ia lebih memfokuskan penjimatan masa dan wang.

GrabExpress

Menerusi servis ini, penghantaran dokumen dan bungkusan adalah lebih mudah dan lancar, selain keselamatan barangan yang dikirim adalah lebih terjamin. GrabExpress turut memberi jaminan insurans sehingga RM500 kepada pengguna aplikasi ini.

Selain itu, pada waktu perayaan , Grab turut menawarkan on-demand delivery services kepada pengguna yang baru mendaftar yang mana anda boleh mendapatkan penjimatan RM5 untuk satu kali servis penghantran dengan menggunakan kod prom ‘GRABEXPRESS’. Promosi ini hanya tertakluk untuk 1000 pengguna terawal.


TIPS & ULASAN