Samsung Galaxy S10 Akan Mempunyai Pelindung Skrin Paling Aneh Pernah Dihasilkan

Samsung Galaxy S10 Akan Mempunyai Pelindung Skrin Paling Aneh Pernah Dihasilkan

Diterbitkan pada Feb 14, 2019 oleh .

Telefon pintar mercu dijual pada harga yang amat mahal dan kini mencecah harga RM8000 sebuah. Oleh itu kebanyakan pemilik akan berbelanja lebih untuk kerangka tahan lasak dan pelindung skrin bagi memastikan peranti yang dibeli ini dapat digunakan bertahun lamanya untuk menjadikan pembelian berbaloi. Samsung Galaxy S10 akan dilancarkan kurang seminggu dari hari ini dan ia bakal hadir dengan pelindung skrin yang kelihatan aneh.

Kedua-dua model Galaxy S10 dan S10+ akan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik yang terbina dalam skrin. Bagi membolehkan pengimbas cap jari ini terus berfungsi dengan pelindung skrin, sebuah lubang khas akan dipotong pada kawasan imbasan jari. Lubang untuk dwi-kamera hadapan turut dapat dilihat. Ini dapat dilihat menerusi video yang dikongsi oleh laman Mobilefun. Pada waktu ini kami tidak mengetahui sama ada ini pelindung skrin pihak ketiga atau pelindung skrin yang dihasilkan sendiri oleh Samsung.

Sebelum ini OnePlus 6T turut mengalami masalah pengimbas cap jari terbina skrin yang tidak berfungsi dengan penggunaan pelindung skrin. OnePlus kemudian menghasilkan pelindung skrin sendiri yang menyelesaikan masalah ini tanpa memerlukan lubang.


TIPS & ULASAN