Carian
Xperia 10 Adalah Nama Baru Buat Siri Xperia XA – Dijana Snapdragon 660 Dan Berharga RM1960?
February 14, 2019 Fahim Zahar

Sony akan hadir dalam acara MWC 2019 kelak untuk memperkenalkan Xperia XA3 dan XA3 Plus mereka. Dua peranti ini adalah peranti kelas pertengahan dengan rekaan unik serta premium. Selepas kita lihat gambar sebenar dan imej pengolokan buat peranti ini, spesifikasi dan nama baru telah tertiris di arena web.

Siri Xperia XA dikatakan akan ditukar kepada nama baharu. XA3 dan XA3 Plus akan menggunakan nama Xperia 10 dan Xperia 10 Plus. Kedua-dua peranti ini akan menggunakan panel skrin dengan nisbah 21:9, iaitu nisbah paling panjang dalam sesebuah telefon pintar setakat ini. Saiz skrin pula adalah 5.9-inci dan 6.4-inci dengan resolusi FHD+. Untuk audio, kedua-dua Xperia 10 ini dikatakan akan mempunyai pembesar suara dengan sokongan Hi-Res.

Untuk kamera, Xperia 10 akan menggunakan lensa 13+5 Megapixel dan Xperia 10 Plus pula adalah 12+8 Megapixel. Untuk swafoto kedua-dua ini mungkin akan menggunakan lensa 8-Megapixel. Xperia 10 akan dijana dengan Snapdragon 630, manakala Xperia 10 Plus dijana dengan Snapdragon 660 dengan memori 3GB dan 4GB RAM dan hanya 64GB storan dalaman. Bateri buat Xperia 10 dikatakan adalah 2870mAh dan tiada informasi lagi buat Xperia 10 Plus.

Harga pula, adalah harga Sony yang kita kenal. Iaitu agak mahal, untuk peranti yang dijana dengan Snapdrgaon yang agak lama. Xperia 10 dikatakan akan berharga 349 Euro, iaitu sekitar RM1599 dan Xperia 10 Plus adalah 429 Euro, iaitu sekitar RM1966. Informasi lanjut akan kita ketahui pada acara MWC 2019 kelak.

Komen