Honor 8X Kini Boleh Didapati Dalam Warna Phantom Blue

Honor 8X Kini Boleh Didapati Dalam Warna Phantom Blue

Diterbitkan pada Feb 14, 2019 oleh .

Honor 8X adalah telefon pintar kelas pertengahan daripada Honor dengan rekaan premium dan harga yang agak berbaloi untuk dimiliki. Peranti ini dijana dengan Kirin 710, skrin 6.5-inci bertakuk, dwi-kamera 20+2 Megapixel, memori 128+4 GB dan bateri sebesar 3750mAh. Pada hari pelancaran di Malaysia, hanya warna hitam dan biru sahaja yang boleh dibeli. Kini, ada pilihan ketiga yang agak menawan.

Warna baru buat Honor 8X yang hadir ke pasaran Malaysia adalah Phantom Blue. Ia adalah gabungan warna cerun biru dan ungu. Ini bermakna, jika anda gerakkan peranti ini di sudut yang berbeza, warnanya akan berubah-ubah dari biru ke ungu. Panel belakang peranti kelihatan menawan kerana ia menggunakan teknologi COF serta Aurora Glass yang pernah diperkenalkan pada Honor 8 pada suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik, Honor 8X warna Phantom Blue ini dijual pada harga yang sama iaitu RM949. Jika anda berminat dengan Honor 8X dengan warna unik ini, anda boleh dapatkannya melalui laman web rasmi HiHonor, Lazada dan juga Shopee.


TIPS & ULASAN