Gboard Pada iOS Akhirnya Menyokong Maklum Balas Haptik

Gboard Pada iOS Akhirnya Menyokong Maklum Balas Haptik

Diterbitkan pada Feb 14, 2019 oleh .

Apple membenarkan penggunaan papan kekunci pihak ketiga bermula dengan iOS 8. Pemilik peranti iOS akhirnya bebas memilih papan kekunci yang paling serasi dengan keperluan harian. Kami secara peribadi menggunakan Gboard bagi memastikan kami mempunyai pengalaman yang sekata pada peranti iOS dan Android. Bagi pengguna Gboard iOS, aplikasi telah dikemaskini bagi membawakan sokongan maklum balas haptik pada peranti iPhone 7 dan ke atas.

Gboard versi 1.40.0 mengaktifkan pilihan maklum balas haptik pada skrin tetapan. Setiap butang yang ditekan kini memberikan getaran sama seperti pada versi Android. Selain itu ia turut membawakan sokongan bahasa Mongolia dan Lao. Saiz aplikasi juga lebih kecil selepas menjalani proses pengoptimasian. Kemas kini boleh dilakukan hari ini menerusi App Store.


TIPS & ULASAN