Kami sudah berkahwin hampir lapan tahun. Bagi yang telah mendirikan rumah tangga, anda pasti bersetuju satu masalah yang kerap didengar ialah pasangan yang mengambil ruang yang besar di atas katil. Insan yang tidur dengan lasak akan menyebabkan pasangan terhimpit ketika tidur. Ford menyelesaikan masalah ini dengan mencipta katil Lane-Keeping Bed.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=65&v=yfSYjbODGUc
Katil ini menggunakan teknologi pengesan berat untuk memastikan pasangan akan dapat tidur dengan ruang katil yang selesa. Tilam katil yang digunakan dilengkapi sistem seakan tali sawat yang bergerak mengikut posisi pasangan yang tidur. Menurut Ford, teknologi swapandu yang memastikan kenderaan sentiasa berada di laluan yang betul telah digunakan pada katil pintar ini. Buat masa ini katil ini hanyalah konsep yang tidak akan dijual kepada umum.