Xpax Menawarkan 1 Juta Hadiah Kepada Pelanggan Yang Melakukan Tambahan Nilai

Xpax Menawarkan 1 Juta Hadiah Kepada Pelanggan Yang Melakukan Tambahan Nilai

Diterbitkan pada Feb 14, 2019 oleh .

Perkhidmatan selular prabayar dipilih oleh pengguna yang cakna tentang penggunaan wang mereka. Mereka boleh mengawal perbelanjaan tanpa mengalami kejutan berbanding pelanggan pasca bayar. Bagi pelanggan perkhidmatan prabayar Xpax, anda kini berpeluang untuk memenangi salah satu dari 1 juta hadiah yang ditawarkan bermula hari ini hingga 30 April 2019.

Antara yang ditawarkan ialah telefon Samsung Galaxy Note 9, tiket GSC, kredit RM50 di dalam aplikasi Boost, baucar 11Street, data tanpa had dan banyak lagi. Untuk memenangi hadiah pengguna hanya perlu memutar roda di dalam aplikasi Celcom Life.

Dengan tambah nilai mingguan RM10 atau RM19, pengguna boleh memutar roda sebanyak sekali. Tambah nilai bulanan bernilai RM30, RM50 dan RM79 pula akan memberikan pengguna putaran roda sebanyak empat kali. Untuk terma dan syarat lengkap, sila layari pautan laman Xpax di bawah.


TIPS & ULASAN