Carian
Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy A50, Galaxy A30 Dan Galaxy A10 Tertiris
February 14, 2019 Effi Saharudin

Dua peranti Samsung Galaxy M telah dilancarkan bulan lalu sebagai peranti kelas pertengahan mampu milik. Ramai yang agak kecewa dengan Galaxy M kerana ia hanya menggunakan skrin TFT LCD. Oleh itu peranti dari siri Galaxy A adalah peranti kelas pertengahan yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik. Hari ini spesifikasi Samsung Galaxy A50, Galaxy A30 dan Galaxy A10 telah tertiris sepenuhnya.

Samsung Galaxy A50 dilengkapi skrin sebesar 6.4″ FHD+ SAMOLED, dijana pemproses Exynos 9610, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 25+8+5 Megapixel, kamera hadapan 25-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin serta menyokong pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C. Terdapat juga kemampuan menambah storan sehingga 512GB menggunakan kad mikro SD.

Samsung Galaxy A30 pula dilengkapi skrin sebesar 6.4″ FHD+ SAMOLED, dijana pemproses Exynos 7905, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 64GB, kamera utama 16+5 Megapixel, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang serta menyokong pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C. Terdapat juga kemampuan menambah storan sehingga 512GB menggunakan kad mikro SD.

Akhir sekali ialah Samsung Galaxy A10 pula dilengkapi skrin sebesar 6.2″ HD+, dijana pemproses Exynos 7884B, memori 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 13 Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh dengan pengecasan pantas 5W menerusi port mikro-USB. Peranti tidak mempunyai pengimbas cap jari atau sokongan kad mikro-SD.

Ketiga-tiga peranti ini dijangka dilancarkan di India terlebih dahulu sebelum ditawarkan untuk pasaran global.

Komen