Kerajaan Menyasarkan Internet Berkelajuan Gigabit Di Sejumlah Lokasi Berimpak Tinggi Pada Tahun Hadapan

Kerajaan Menyasarkan Internet Berkelajuan Gigabit Di Sejumlah Lokasi Berimpak Tinggi Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Pada acara Kuala Lumpur Digital Content Anti-Piracy Summit hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berkongsi sejumlah data berkaitan dengan kandungan digital, dan pada masa yang sama menyentuh secara ringkas berkaitan sambungan internet. Menurut beliau, kerajaan kini menyasarkan untuk menawarkan internet berkelajuan Gigabit di sejumlah lokasi berimpak tinggi dan kawasan industri strategik pada tahun hadapan.

Selain daripada itu, kerajaan turut menyasarkan semua ibu negeri di Malaysia mempunyai internet berkelajuan Gigabit menjelang 2023 kelak.

Berkongsi lanjut, beliau mengatakan kerajaan kini menyasarkan menjelang tahun 2023 kelak, pengguna akan dapat menikmati kelajuan internet minima 30Mbps. Langkah ini dijangka akan dapat diatasi dengan internet berkelajuan tinggi ditawarkan dengan lebih meluas menggunakan fiber yang akan menggantikan rangkaian berasaskan tembaga pada hari ini. Kerajaan menyasarkan 98% kawasan berpenduduk akan diliputi dengan rangkaian 30Mbps menjelang 2023 kelka.

Bersempena dengan acara memfokuskan kandungan digital ini juga, beliau turut berharap penawaran internet berkelajuan tinggi kepada pengguna dapat mengawal dan menangani isu cetak rompak dalam negara. Untuk tujuan berkenaan, kerajaan akan memastikan para pengguna mempunyai bimbingan dan pengetahuan yang betul mengenai isu hak cipta dan pelanggaran IP (Intellectual Property).


TIPS & ULASAN