Airbus mengejutkan dunia aeronautik pagi ini dengan mengumumkan pengeluaran pesawat penumpang adi-jumbo Airbus A380 akan dihentikan pada tahun 2021. Penghentian pengeluaran dilakukan selepas syarikat gagal mendapatkan pesanan untuk pesawat selepas tempoh tersebut. Emirates yang merupakan pengguna terbesar A380 sendiri telah mengurangkan pesanan 162 pesawat ke 123 pesawat.
Sebaliknya mereka melakukan perubahan tempahan untuk Airbus A330-900 dan A350-900. Airbus A380 dihasilkan bagi memenuhi keperluan penumpang yang tinggi pada penghujung 90an. Ia dilihat sebagai pengganti kepada Boeing 747 yang tahun ini menyambut ulang tahun ke-50 9 Februari yang lalu.
Permintaan terhadap A380 berkurangan pasca serangan 911 dengan jumlah penumpang yang turut merudum. Kos operasi pesawat ini juga tinggi dan kemunculan pesawat tubuh lebar dwi-enjin (seperti Boeing 787, Boeing 777X dan Airbus A350-XWB ) dilihat sebagai pilihan yang lebih bijak serta ekonomik oleh syarikat penerbangan. Penerbangan Malaysia mempunyai enam A380 dengan salah satunya adalah pesawat yang ke seratus dihasilkan.
Following a review of its operations and in light of developments in aircraft and engines, @Emirates agrees with Airbus to
➡ reduce its A380 order book by 39 aircraft
➡ order 40 #A330neo & 30 #A350
As a result, A380 deliveries will cease in 2021
Release: https://t.co/hCyvPElB1O pic.twitter.com/S8t2KI3Ge4— Airbus PRESS (@AirbusPRESS) February 14, 2019