Cari @ Amanz

Pengguna Internet Malaysia Telah Memuat-Turun Sebanyak 84 Juta Fail Siri TV Dan Filem Pada 2018

Oleh Nazrin

Link Copied!

Di acara Kuala Lumpur Digital Content Anti Piracy Summit di Putrajaya, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dikatakan telah memuat turun sebanyak 84 juta fail digital cetak rompak melalui BitTorrent, dimana kebanyakannya adalah fail episod siri televisyen ataupun filem.

Jumlah muat-turun ini dilaporkan adalah untuk sepanjang 2018 yang lepas, sekaligus membawa kepada kerugian berbilion ringgit.

Gobind Singh Deo juga mengatakan bahawa kerajaan perlu bertindak secara proaktif untuk mengekang isu cetak rompak dan muat-turun secara haram ini kerana ia merosakkan periuk nasi pelbagai pihak, termasuklah penerbit filem, pelakon dan sebagainya.

Jumlah muat-turun fail cetak rompak ini juga boleh dikatakan agak mengejutkan, memandangkan perkhidmatan penstriman video sah seperti Netflix, iFlix, Viu dan sebagainya sudah pun ada di Malaysia pada hari ini, dan mereka menawarkan banyak siri televisyen dan filem antarabangsa melaluinya. Malah, penerbit tempatan seperti Media Prima turut menawarkan siri-TV penuh melalui platform seperti YouTube secara percuma.

Mungkin jika perkhidmatan-perkhidmatan tersebut tidak ada di sini, jumlah fail yang dimuat-turun akan menjadi berkali ganda lebih tinggi berbanding apa yang dinyatakan ini.


Komen ()