Vivo melancarkan sub-jenama mereka IQOO minggu ini secara mengejut. Trend pengeluar di China sekarang ialah melancarkan sub-jenama yang kemudiannya mengeluarkan peranti yang dijual pada harga lebih mampu milik. Tetapi IQOO mungkin menongkah arus kerana peranti pertama mereka ialah sebuah telefon pintar dengan skrin boleh lipat yang dijual pada harga premium.
Imej pengolokan peranti dengan skrin boleh lipat ini tertiris. Ia mempunyai rekaan seperti sebuah buku yang dilipat ke belakang untuk mengubahkan ke mod telefon pintar. Peranti mempunyai bezel yang nipis tanpa sebarang takuk. Menurut laporan dari China, peranti ini akan dijual pada harga melangkaui $1000 sebuah. Tahun ini ialah tahun peranti dengan skrin boleh lipat. Persoalannya ialah adakah terdapat permintaan dengan peranti hibrid seperti ini.