Carian
Nada Dering Samsung Galaxy S10 Dilancarkan Dengan Video Yang Dirakam Di Malaysia
February 15, 2019 • Effi Saharudin

Setiap tahun nada dering Over The Horizon yang digunakan oleh peranti Samsung diberikan nafas baru. Tahun ini sempena ulang tahun Galaxy S yang kesepuluh, ia menerima sentuhan komposer Steven Price yang menerima anugerah Oscar untuk filem Gravity. Nada dering ini boleh anda dengari di dalam video muzik di bawah yang dirakam di Pulau Sipadan.

Tema Over The Horizon tahun ini ialah orkestra alam semula jadi. Ia memaparkan Ai Futak yang merupakan pemegang rekod menyelam bebas Guinness dan seorang jurucakap pemulihan. Keseluruhan nada dering dimainkan oleh London Philharmonic Orchestra dan dirakam di Studio Abbey Road. Apakah versi nada dering Samsung yang paling anda gemari setakat ini?

Komen