Carian
Rekaan Sony Xperia L3 Pula Tertiris
February 15, 2019 Effi Saharudin

Dua hari yang lalu rekaan penuh Sony Xperia 10 dan 10 Plus teriris. Ini ialah nama baharu yang digunakan kerana sebelum ini ia tertiris sebagai Xperia XA3 da XA3 Ultra. Hari ini rekaan Sony Xperia L3 pula tertiris dan ia mempunyai beberapa perbezaan dengan Xperia 10.

Perubahan paling ketara ialah skrin 18:9 sahaja digunakan dengan bahagian dagu serta dahi yang besar. Peranti ini masih mengekalkan bicu audio pada bahagian atas serta port USB-C pada bahagian bawah. Pengimbas cap jari, butang kuasa serta butang kawalan suara terletak pada sisi kanan. Pada sisi kiri terdapat talam untuk SIM dan kad mikro SD.

Menurut laporan Winfuture, peranti dilengkapi skrin 5.7″ HD+, dilengkapi memori sebesar 2GB, storan sebesar 32GB, kamera utama 13+2 Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3300 mAh. Ia juga turut dikatakan menggunakan Android 8.1, Tiada maklumat mengenai pemproses tetapi siri Xperia L adalah peranti kelas permulaan Sony.

Komen