Tidal Turut Hadir Dengan Fungsi Menghalang Lagu Dari Artis Tertentu

Tidal Turut Hadir Dengan Fungsi Menghalang Lagu Dari Artis Tertentu

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Tidak semua yang mempunyai cita rasa muzik yang sama. Jika pada zaman dahulu lagu yang dimainkan di radio tidak kita gemari, radio tersebut akan kita matikan terus. Dengan perkhidmatan penstriman muzik yang semakin berleluasa, pengguna kini diberi kemampuan untuk mengawal lagu mana yang ingin dimainkan.

Tetapi, kadangkala dalam satu senarai lagu yang dijana secara automatik – masih ada lagi lagu yang tidak digemari. Jadi, Tidal hadir dengan fungsi untuk menghalang lagu dari dimainkan daripada senarai tertentu. Bukan itu sahaja, pengguna turut mempunyai kemampuan untuk menghalang artis itu terus dan mana-mana lagu dari artis tersebut tidak akan dimainkan.

Fungsi seperti ini telah diperkenalkan oleh Spotify terlebih dahulu. Sebagai pesaing, semestinya Tidal akan hadir dengan ciri yang sama untuk memastikan pengguna mereka tidak lari ke perkhidmatan lain.


TIPS & ULASAN