Ini Ialah Samsung Galaxy S10e Dalam Warna Canary Yellow

Ini Ialah Samsung Galaxy S10e Dalam Warna Canary Yellow

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S10e ialah versi S10 yang paling rendah dan dilihat sebagai pesaing kepada iPhone XR di dalam segmen peranti mercu mampu milik. Sebelum ini imej pengolokannya dalam warna Canary Yellow telah tertiris tetapi kurang jelas. Hari ini imej pengolokan baharu tertiris dengan tona warna kuning yang berbeza dengan imej terdahulu.

Warna Canary Yellow ini amat terang seperti pendarfluor. Ini memberikannya keunikan berbanding penawaran warna peranti Samsung sebelum ini. Malahan warna kuning ini pada hemat kami lebih sinonim dengan peranti keluaran Nokia dan iPhone 5C. Ini membuatkannya kelihatan lebih ranggi. Turut kelihatan ialah pengimbas cap  jari terbina pada butang kuasa pada bahagian kanan. Butang suara, dan Bixby pula terletak pada sisi kiri.

Samsung Galaxy S10e akan dilengkapi skrin 5.8″ QHD+ SAMOLED, dijana pemproses Eynos 9820, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256B, kamera utama 16+12 Megapixel f/2.2+f/1.5, kamera swafoto 10-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3100 mAh. Kamera utama menggunakan lensa ultra sudut lebar dan biasa tanpa kemampuan telefoto. Kamera hadapan pula hadir dengan kemampuan auto fokus dan rakaman video 4K.


TIPS & ULASAN