Lego Memperkenalkan Hidden Side – Gabungan Permainan Lego Dan Teknologi Realiti Imbuhan

Lego Memperkenalkan Hidden Side – Gabungan Permainan Lego Dan Teknologi Realiti Imbuhan

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Lego ialah sebuah jenama yang terkenal untuk permainan blok pembinaan mereka. Mereka bukan sahaja bekerjasama dengan pelbagai jenama lain untuk merekacipta permainan membina yang baru, mereka juga senantiasa menggunakan teknologi-teknologi baru untuk membuatkannya lebih menyeronokkan lagi.

Terkini, Lego dilihat memperkenalkan Hidden Side, yang merupakan siri permainan Lego terbaru yang menggabungkan blok-blok pembinaan Lego dan juga teknologi realiti imbuhan (augmented reality) melalui lapan set permainan Lego yang merupakan set rumah berhantu yang boleh digabungkan dengan aplikasi realiti imbuhan Lego untuk memberi sebuah penceritaan kepada kesemua set-set Lego Hidden Side tersebut.

 

Penceritaan Hidden Side ini boleh diperlihatkan melalui aplikasi tanpa memerlukan set Lego tersebut, tetapi ianya lebih menarik jika anda membina set-set Lego tersebut dan menggunakan aplikasi realiti imbuhan bersama-sama dengannya.

Ia juga dilaporkan bahawa sistem realiti imbuhan Lego ini dibina bukan menggunakan ARKit ataupun ARCore, tetapi Vuforia SDK yang dikatakan lebih banyak digunakan oleh pembangun realiti imbuhan.

Menurut Lego, set-set permainan Lego Hidden Side ini akan mula dijual pada musim panas kelak pada harga yang bermula daripada $20 (~RM80) hingga $130 (~RM520).


TIPS & ULASAN