Oppo kini telah menerbitkan beberapa video acah rasmi untuk telefon pintar akan datang dibawah siri Oppo F, iaitu Oppo F11 Pro. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya belum diumumkan, tetapi video acah terbaru ini mengesahkan beberapa perkara.
Yang pertama adalah ia memperlihatkan penggunaan kamera swafoto periskop – dimana ia boleh dinaikkan dan diturunkan mengikut penggunaan, lebih kurang seperti Vivo Nex sebelum ini.
F Series upgraded,
in more ways than one. ⬆️📸 #OPPOF11Pro coming soon. pic.twitter.com/9K0o9OpJGo— OPPO (@oppo) February 15, 2019
Selain itu, video acah kedua turut memperlihatkan rekaan belakang peranti yang menggunakan dwi-kamera, selain pengimbas cap jari dibelakang. Ia juga menggunakan rekaan kerangka belakang yang menggunakan gabungan dua warna – salah satu trend popular sejak tahun lepas. Mengikut desas-desus, Oppo dijangka menyertakan kamera belakang 48-megapixel bersama dengannya.
Looks can be deceiving, but a #BrilliantPortrait shows your true colors. #OPPOF11Pro is coming soon. 👀 pic.twitter.com/mjiZaKfzca
— OPPO (@oppo) February 15, 2019
Dengan kehadiran video acah baru ini, kita mungkin melihat pengumuman rasmi pihak Oppo berkenaan Oppo F11 Pro ini tidak lama lagi.