OnePlus Mengintegrasikan Google Duo Pada OxygenOS Dengan Lebih Mendalam

OnePlus Mengintegrasikan Google Duo Pada OxygenOS Dengan Lebih Mendalam

Diterbitkan pada Feb 16, 2019 oleh .

OnePlus hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengintegrasikan perkhidmatan panggilan video Google Duo pada sistem operasi OxygenOS dengan lebih mendalam. Hal ini dilakukan dengan populariti panggilan video yang semakin meningkat, dan integrasi ini dijangka akan memudahkan lagi para pengguna dalam menggunakannya.

OxygenOS Duo

Bermula OxygenOS 9.0.12 untuk OnePlus 6T dan OxygenOs 9.0.4 untuk OnePlus 6, 5 dan 5T; pihak OnePlus akan mengintegrasikan Google Duo terus pada aplikasi telefon – sekaligus memudahkan anda membuat panggilan video menggunakannya melalui buku alamat pada telefon pintar tanpa memerlukan anda membuka aplikasi Google Duo.

Pengguna juga turut boleh mengakses Google Duo pada log panggilan, dan juga perkhidmatan permesejan.

Langkah ini juga boleh dikatakan sesuatu yang menarik, memandangkan pihak OnePlus tidak lagi membazir sumber dalam pembangunan sesuatu ciri baru, tetapi mengintegrasikan perkhidmatan popular sedia ada terus pada sistem operasi mereka dengan lebih mendalam.


TIPS & ULASAN