Asus hadir dengan promosi khas pada penghujung minggu ini, dimana pengguna boleh mendapatkan telefon pintar mercu 2018 mereka yang dijana Snapdragon 845 pada harga serendah RM1499.
Penawaran versi 6GB RAM dengan storan 128GB pada harga RM1499 ini hanya ditawarkan melalui jerayawara Asus yang diadakan di Sunway Pyramid pada penghujung minggu ini. Sekiranya membeli atas talian, versi 6GB RAM ini ditawarkan pada harga RM1599.
Tetapi, penawaran promosi ini berbeza untuk versi 8GB RAM – dimana ia ditawarkan pada harga RM1799 di jerawayara Asus di Sunway Pyramid dan juga di kedai atas-talian mereka.
Asus Zenfone 5Z hadir dengan skrin 6.2-inci bertakuk, dilengkapi bateri 3300mAh, dwi-kamera belakang 12MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada Asus pada harga promosi hari ini.