Cari @ Amanz

Sebelum ini spesifikasi Samsung Galaxy A50, Galaxy A30 dan Galaxy A10 telah tertiris. Ketiga-tiga peranti ini dijangka akan dilancarkan secara berperingkat di antara bulan Mac hingga Jun tahun. Hari ini misteri mengenai rekaan Galaxy A50 terjawab selepas ia tertiris menerusi laman PriceKart.

Samsung Galaxy A50 dilengkapi skrin sebesar 6.4″ FHD+ SAMOLED, dijana pemproses Exynos 9610, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 25+8+5 Megapixel, kamera hadapan 25-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin serta menyokong pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C. Terdapat juga kemampuan menambah storan sehingga 512GB menggunakan kad mikro SD.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd