Cari @ Amanz

Xiaomi telah sedia berkongsi sedikit demi sedikit informasi berkaitan telefon pintar akan datang mereka. Kini, Xiaomi turut berkongsi berkenaan sokongan tri-kamera belakang pada telefon pintar Mi 9 akan datang.

Xiaomi Mi 9 akan menyertakan tri-kamera belakang, diterajui oleh kamera 48-megapixel untuk rakaman gambar beresolusi tinggi dengan cantik. Ia menawarkan sokongan aperture pada f/1.75, selain dilengkapi dengan kamera kedua berbentuk sensor telefoto 12-megapixel dengan sokongan zoom optikal 2 kali. Kamera ketiga yang disertakan pula memfokuskan kepada rakaman sudut luas pada 117-darjah melalui sensor 16-megapixel padanya.

Xiaomi Mi 9 Kamera

Xiaomi Mi 9 Kamera

Xiaomi Mi 9 Kamera

Kamera ketiga ini juga dilihat menawarkan sokongan rakaman makro 4cm, sekaligus membolehkan anda merakamkan sesuatu perkara dengan kejituan yang sangat tinggi pada jarak dekat – lebih baik berbanding kebanyakkan peranti lain yang menawarkan jarak rakaman 10cm.

Xiaomi Mi 9 Kamera

Xiaomi bakal melancarkan Mi 9 ini secara rasminya pada 20 Februari ini, dimana kita mungkin akan dapat melihat beberapa contoh rakaman gambar dipertontonkan pada acara pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd