Sistem Nyahkunci Wajah Huawei Mate 20 Pro Dikemaskini Untuk Menyokong Dua Wajah

Sistem Nyahkunci Wajah Huawei Mate 20 Pro Dikemaskini Untuk Menyokong Dua Wajah

Diterbitkan pada Feb 17, 2019 oleh .

Huawei Mate 2o Pro adalah sebahagian kecil peranti di pasaran dengan sistem imbasan wajah 3D yang boleh digunakan untuk menyahkunci peranti. Ketika dilancarkan hanya satu wajah boleh disimpan ke dalam sistem sekuriti ini. Di China kemas kini telah diberikan bagi membolehkan dua wajah direkodkan ke dalam sistem.

Kemas kini diberikan pada 13 Februari lalu. Dengan ini peranti boleh dinyahkunci oleh pemilik dan individu kedua seperti pasangan mereka. Selain itu sistem imbasan wajah turut boleh digunakan untuk mengunci aplikasi tertentu. Ini dapat mengelakkan kandungan peribadi seperti emel dan WhatsApp dari dibaca tanpa kebenaran.

Selain itu terdapat juga sistem menyorokkan kandungan tertentu seperti gambar dilihat tanpa wajah diimbas terlebih dahulu. Dengan ini gambar yang lebih peribadi tidak akan dapat dilihat walaupun peranti telah dinyahkunci.

Kemas kini ini hanya diberikan kepada Mate 20 Pro di China sahaja buat masa ini. Dengan sistem ini, Mate 20 Pro mempunyai kemampuan yang sama seperti iPhone X, XS, XS Max dan XR yang turut membenarkan dua wajah menyahkunci peranti menerusi Face ID.

Sumber Huawei menerusi XDA Developers


TIPS & ULASAN