WhatsApp Kelak Akan Menghalang Anda Dari Dimasukkan Ke Dalam Group Tanpa Kebenaran

WhatsApp Kelak Akan Menghalang Anda Dari Dimasukkan Ke Dalam Group Tanpa Kebenaran

Diterbitkan pada Feb 17, 2019 oleh .

WhatsApp ialah aplikasi yang berguna untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memudahkan proses menguruskan warga pejabat. Tetapi kerap kali kami dimasukkan ke dalam Group rawak tanpa kebenaran terutamanya jika ia berbentuk spam perjudian. Masalah ini akan diselesaikan menerusi fungsi di mana anda boleh menetapkan untuk tidak dimasukkan tanpa kebenaran.

WABetaInfo melaporkan di dalam kemas kini seterunya, pengguna boleh melakukan tetapan siapa yang boleh menambah mereka ke dalam Group. Pilihan yang diberikan ialah semua orang, rakan di dalam buku alamat dan menghalangnya terus. Sekiranya anda menolak diri dari dimasukkan, anda akan menerima jemputan yang akan dipadam selepas 72 jam. Dengan fungsi ini masalah spam dan dimasukkan tanpa kerelaan akan menjadi masalah silam.


TIPS & ULASAN