Cari @ Amanz

Razer Menamatkan Penawaran Kedai Permainan Digital, Razer Game Store

Oleh Aman

Link Copied!

Pada bulan November 2018 lepas, Razer telah melancarkan Razer Game Store secara rasminya di Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk membeli pelbagai permainan PC yang digemari mereka secara digital melalui Razer Game Store di Lazada.

Walaubagaimanapun, kini hanya selang beberapa bulan, pihak Razer hari ini telah mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran Razer Game Store. Razer akan menutup Razer Game Store pada 28 Februari 2019 kelak, dan selepas itu ia tidak lagi akan beroperasi.

Razer Game Store

Bagi para pengguna yang sedia membeli permainan melalui Razer Game Store, anda perlulah menebut kunci berkenaan melalui Steam atau Uplay supaya ia boleh ditambah pada akaun anda yang berkaitan – memandangkan selepas penghujung Februari ini, Razer Game Store akan ditutup dan anda tidak lagi boleh mendapatkan kekunci berkenaan.

Razer Game Store mungkin tidak menerima permintaan yang tinggi sebelum ini. Berbeza dengan Steam dan kedai-kedai permainan digital lain, Razer Game Store tidak menjual permainan terus – tetapi menjadi seperti hab yang menawarkan diskaun, dan seterusnya menghantar pengguna kepada laman seperti Steam dan Uplay. Mungkin pihak Razer mengambil langkah untuk menamatkannya selepas melihat ia tidak membawa keuntungan yang tinggi – selain persaingan sengit dalam arena berkenaan.


Komen ()