Lazada Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Samsung Galaxy S10

Lazada Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Samsung Galaxy S10

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

Beberapa hari yang lepas, kita telah melihat Senheng memulakan pendaftaran minat untuk telefon pintar Samsung akan datang, iaitu Samsung Galaxy S10. Kini, pihak Lazada turut melakukan perkara sama melalui laman rasmi mereka.

Lazada Galaxy S10

Melalui Lazada, mereka turut memperlihatkan yang mana peranti berkenaan akan hadir dan ditawarkan untuk pra-tempahan melalui laman mereka bermula 21 Februari ini, pukul 10 pagi.

Buat masa ini, apakah penawaran yang akan disediakan tidak diketahui lagi – termasuk tidak diketahui lagi apakah hadiah ganjaran akan disediakan untuk mereka yang melakukan pra-tempahan.

Samsung dijangka memperkenalkan tiga variasi Galaxy S10 pada 21 Februari ini, iaitu Galaxy S10E, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10 Plus. Sama-sama kita nantikan minggu ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti baru Samsung ini.

Pra-Daftar Minat : Samsung Galaxy S10 di Lazada


TIPS & ULASAN