Apple Dikatakan Akan Hadir Dengan MacBook Pro Bersaiz Antara 16-inci Ke 16.5-inci Pada Tahun Ini

Apple Dikatakan Akan Hadir Dengan MacBook Pro Bersaiz Antara 16-inci Ke 16.5-inci Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

Ming-Chi Kuo merupakan salah seorang penganalisa berkaitan Apple yang sering hadir dengan beberapa info menarik sebelum Apple mengumumkannya secara rasmi. Terkini, hari ini melalui nota analisa yang dikeluarkan, ia dikatakan Apple akan hadir dengan MacBook Pro bersaiz antara 16-inci ke 16.5-inci pada tahun ini.

MacBook Pro ini akan menawarkan rekaan yang serba baru bersama-sama dengannya. Dengan penggunaan nama “Pro”, kita boleh nantikan penawaran spesifikasi tinggi bersama-sama dengannya dan lebih ditujukan kepada mereka yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi – terutamanya dalam arena pengaturcaraan dan juga grafik serta multimedia.

Penawaran MacBook Pro dengan skrin bersaiz lebih 16-inci ini juga akan menjadikannya sebagai komputer riba bersaiz besar daripada Apple. Kali terakhir Apple menawarkan komputer riba bersaiz besar adalah MacBook Pro 17-inci pada 2012 yang lepas.



TIPS & ULASAN