LG Tidak Akan Melancarkan Telefon Boleh-Lipat Buat Masa Ini
LG

LG Tidak Akan Melancarkan Telefon Boleh-Lipat Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

LG merupakan salah satu pesaing terdekat Samsung di Korea Selatan, namun boleh dikatakan mereka sedikit ketinggalan dalam persaingan arena telefon pintar pada peringkat global. Dengan persaingan yang sangat sengit dalam arena tersebut, kini pihak LG dilihat sedang menstruktur semula dan memfokuskan kepada perkara lebih utama berbanding mengejar trend.

Salah satunya adalah berkaitan telefon boleh-lipat. Sejumlah pengeluar seperti Samsung, Huawei dan Xiaomi sedang mengejar dalam mempertontonkan penawaran mereka tersendiri. Walaubagaimanapun, pihak LG tiada perancangan untuknya buat masa ini.

Bercakap mengenainya, LG mengatakan mereka kini lebih menyasarkan untuk mendapatkan pegangan pasaran kembali, selain mengatakan ia masih terlalu awal untuk LG untuk melancarkan telefon boleh-lipat mereka.

Walaubagaimanapun, LG boleh dikatakan agak maju melalui penawaran panel mereka, dan telah memperlihatkan penawaran televisyen menggunakan panel boleh digulung pada awal tahun ini.

Langkah pihak LG ini juga boleh dikatakan agak bagus. Walaupun ramai berlumba untuk memperkenalkan peranti boleh-lipat, namun harganya dan penggunaannya boleh dikatakan masih terlalu awal, dan mungkin tidak menerima permintaan yang tinggi seperti dijangkakan.

Mungkin LG perlu menumpukan dalam mendapatkan pegangan pasaran terlebih dahulu sebelum mula memikirkan penawaran peranti seumpamanya yang mungkin berkos lebih tinggi berbanding peranti biasa.

Bagi anda sendiri, apa kata anda? Adakah telefon boleh-lipat akan menjadi pilihan anda pada tahun ini?


TIPS & ULASAN