Samsung Akan Berhenti Menghasilkan Pemain Blu-ray Baru

Samsung Akan Berhenti Menghasilkan Pemain Blu-ray Baru

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

Samsung mempunyai sejumlah penawaran perkakasan elektrik, termasuk salah satunya adalah pemain Blu-ray. Walaubagaimanapun, gergasi dari Korea Selatan berkenaan kini dilaporkan akan berhenti mengeluarkan pemain Blu-ray – termasuk model 1080p dan 4K.

Buat masa ini, ia diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat – tetapi tidak mustahil ia dilaksanakan pada peringkat global. Hal ini memandangkan ramai yang telah beralih daripada penggunaan pemacu Blu-ray dan lebih memfokuskan kepada perkhidmatan penstriman.

Samsung sedia mengintegrasikan sokongan penstriman seperti Netflix dan sebagainya terus pada televisyen mereka – sekaligus membuatkan penawaran pemain Blu-ray ini mungkin tidak digunakan ramai.

Sebelum ini, Oppo turut telah mengumumkan yang mana mereka akan keluar daripada peniagaan Blu-ray mereka.


Paling Popular