Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Tab S5e adalah tablet utama Samsung tahun ini. Ia dijana dengan Snapdragon 670, lebih nipis dari iPad Pro serta mempunyai rekaan skrin yang lebih baik. Tetapi harganya mencecah lebih RM1600.

Di Jerman, Samsung telah mengumumkan Samsung Galaxy Tab A 10.1-Inci 2019. Ia adalah tablet dalam kategori mampu milik dan berspesifikasi pertengahan. Tablet ini dijana dengan Exynos 7904, memori hanya 2GB dan storan 32GB. Resolusi skrin hanya 1920 x 1200, bukan panel Super AMOLED tetapi rekaan bingkainya adalah seakan Tab S5e. Terdapat kamera 8MP dan 5MP terbina dan bateri hanya 6150mAh.

Seperti Tab S5e, Tab A 10.1 2019 ini turut menjalankan Android Pie dan mempunyai Bixby terbina. Dua variasi turut akan ditawarkan iaiti WiFi dan LTE. Ia dijual pada harga €210 sehingga €270 iaitu sekitar RM970 sehingga RM1247 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd