Lagi Pepijat FaceTime Ditemui – Tidak Boleh Tambah Rakan Untuk Membuat Panggilan

Lagi Pepijat FaceTime Ditemui – Tidak Boleh Tambah Rakan Untuk Membuat Panggilan

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Pada penghujung bulan lepas, pepijat yang agak serius telah ditemui pada FaceTime. Teruknya pepijat ini, ia menyebabkan Apple terpaksa menyah-aktif fungsi FaceTime berkumpulan dan turut disaman. Pepijat ini kemudian dibaiki dalam kemaskini iOS 12.1.4.

Nampaknya Apple sudah tidak seperti dahulu yang terkenal sebagai sistem operasi yang kurang pepijat berbanding Android. Ini kerana, pepijat baru pada FaceTime telah ditemui. Pepijat kali ini tidak seserius yang sebelumnya. Kali ini, pengguna boleh menggunakan FaceTime berkumpulan, tetapi tidak boleh menambah rakan untuk membuat panggilan video.

Wakil Apple dilihat sudah pun sedar akan isu ini. Ini bermakna, jika wakil Apple ini pantas melakukan kerja mereka – kemaskini membaiki pepijat ini pasti akan tiba dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN