Nokia 9 PureView adalah peranti mercu daripada HMD Global tahun ini. Ia akan dilancarkan di acara MWC 2019 yang turut akan kami liputi. Tetapi, HMD Global memberi peluang kepada semua yang berminat untuk ‘sertai’ acara pelancaran ini.
Peranti mercu ini turut akan dilancarkan melalui penstriman secara langsung di YouTube dan Facebook rasmi Nokia Mobile. Tarikh penstriman langsung ini adalah pada 24 Februari, 11 P.M. (masa Malaysia).
Can’t wait to get back on stage for #MWC19. New exciting announcements are ready to go, and we are finalising the last few details… Join us live on the 24th of Feb. https://t.co/2X8L0CA2yM. #GetSmart #Nokiamobile pic.twitter.com/QxR6oRtyos
— Juho Sarvikas (@sarvikas) February 18, 2019
Setakat yang kita tahu mengenai Nokia 9 PureView adalah, ia akan hadir dengan lima kamera serta mungkin masih kekal dengan Snapdragon 845. Sama-sama kita nantikan.