Cari @ Amanz

Apple Watch adalah jam tangan pintar terkenal daripada Apple, yang juga merupakan jam tangan pintar paling baik dalam industri peranti boleh pakai. Baru-baru ini, Apple telah dianugerahkan dengan satu paten buat Apple Watch.

Paten ini adalah skrin boleh gulung buat Apple Watch. Skrin ini boleh digulung untuk dijadikan tali jam. Ini bermakna, ia ‘tiada tali jam’ kerana skrin jam ini juga adalah tali jam. Secara tidak langsung, jika dibuka dan dibentangkan – ia adalah ‘sekeping’ panel OLED yang fleksibel.

Teknologi seperti ini masih baru lagi. Tetapi, ia mungkin akan hadir apabila Apple sudah bersedia dengan iPhone boleh lipat mereka. Mereka sudah pun mempatenkan iPhone boleh lipat. Konsep jam ini juga mirip peranti daripada Nubia, Nubia Alpha.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd