Samsung Internet Browser Beta Dikemaskini Dengan OneUI Dan Sokongan Tema Gelap Mendalam

Samsung Internet Browser Beta Dikemaskini Dengan OneUI Dan Sokongan Tema Gelap Mendalam

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Samsung Internet Browser adalah pelayar web terbina dalam peranti Samsung. Populariti pelayar web ini menyebabkan jumlah muat turun di Play Store mencapai 1 bilion.

Hari ini, versi beta Samsung Internet Browser telah hadir. Apa yang menarik dengan versi beta baru ini adalah, ia hadir dengan rekaan OneUI. Secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk menggunakan pelayar web ini dengan satu tangan sahaja. Tambahan lagi, ia turut menyokong mod tema gelap ‘Night Mode‘ OneUI. Bukan aplikasi sahajas mempunyai tema gelap tetapi laman web yang dikunjung turut akan hadir dalam tema gelap.

Samsung Internet Browser Beta ini turut mempunyai sistem anti-jejak pintar. Sistem ini akan menjaga privasi dan sekuriti dari laman web yang menjejak anda untuk memaparkan iklan yang tidak diingini. Pelayar web baru ini turut menyokong aplikasi web (PWA) yang lebih baik melalui sokongan WebAPK. Di mana, laman jika anda mempunyai aplikasi yang menyokong PWA dan anda akses laman webnya, fail .APK akan dijana dan dipasang untuk mudah diakses daripada talam aplikasi.

Terdapat banyak lagi kemaskini lain. Bagi yang minat untuk mencuba, boleh muat turun aplikasi ini di Galaxy Store atau Google Play Store.

Muat Turun Samsung Internet Browser Beta Di Sini


TIPS & ULASAN