Samsung sebelum ini telah hadir dengan keluarga telefon pintar bertakuk dibawah siri Galaxy M. Ketika pengenalan, dua telefon telah diperkenalkan dibawahnya, iaitu Galaxy M10 dan juga Galaxy M20. Terkini, Samsung turut dalam perancangan untuk memperkenalkan Galaxy M30 pada penghujung bulan Februari ini, iaitu pada 27 Februari 2019.
Melalui gambar acah yang hadir, Galaxy M30 bakal menyertakan skrin besar bersaiz 6.4-inci dan dilengkapi dengan sokongan skrin bertakuk Super AMOLED.
Gambar acah yang dikongsikan turut memaparkan penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang, selain pengimbas cap jari yang turut terletak pada bahagian belakang peranti berkenaan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Galaxy M30 ini pada 27 Februari kelak. Buat masa ini, pengenalannya hanya disasarkan untuk pasaran India sahaja – dan dijangka diperluaskan ke pasaran lain termasuk Malaysia dalam masa terdekat.
Get ready for 3X power with the new Galaxy M30 that comes with a 16.21cm (6.4”) Super AMOLED FHD+ Infinity U Display. Yeah "The Super AMOLED", that’s right #IM3XPOWERD. Stay tuned!#SamsungM30 pic.twitter.com/bkxdXU2ZIN
— Samsung Mobile India (@SamsungMobileIN) February 18, 2019