Cari @ Amanz

Ketika memandu dikawasan bandar dan sebagainya, salah satu perkara yang mungkin meningkatkan kadar tekanan seseorang pemandu adalah masa yang dibazirkan untuk menantikan perubahan lampu trafik daripada merah ke hijau. Kini, dalam mengatasinya, Audi sedang menguji sistem inforia mereka dengan sokongan “Traffic Light Information System”.

Melaluinya, Audi mengabungkan data daripada kedudukan semasa kenderaan anda, selain membandingkan ia bersama data lampu trafik di sesuatu lokasi. Ia seterusnya akan membuat kiraan, sekaligus mencadangkan pengguna kelajuan pemanduan yang sesuai bagi anda mengelak menanti di lampu trafik.

Selain daripada itu, melalui sistem inforia pada kenderaan Audi juga, ia akan memaparkan bilakah lampu trafik seterusnya akan beralih ke lampu merah, dan kiraan untuk berapa lama anda akan perlu berhenti sebelum ia bertukar menjadi warna hijau.

Buat masa ini, ciri ini ditawarkan sebagai sebahagian daripada Audi Connect Prime pada model kenderaan A3 dan TT versi 2017 dan terbaru. Selain daripada itu, sokongan data lampu trafik ini hanya ditawarkan di sekitar 13 lokasi sekitar Amerika Syarikat sahaja.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperluaskan ke bandar-bandar lain selain Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd