China Ingin Membangunkan Sebuah Ladang Janakuasa Solar Di Angkasa Lepas Menjelang 2025

China Ingin Membangunkan Sebuah Ladang Janakuasa Solar Di Angkasa Lepas Menjelang 2025

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Ladang tenaga solar di kawasan-kawasan darat dan laut adalah perkara yang biasa. Kerajaan China baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telahpun hadir dengan pelan untuk membina sebuah ladang tenaga solar di angkasa lepas.

Menurut laporan Engadget, yang disumberkan melaluiĀ Science and Technology Daily, kerajaan China dilihat bakal melancarkan stesen janakuasa solar secara kecil-kecilan di angkasa lepas bermula 2021 hingga 2025.

Menurut laporan dari Science and Technology Daily, stesen janakuasa solar di angkasa lepas ini mampu menjana kuasa sepanjang masa tanpa perlu risau akan kitaran siang-malam dan juga gangguan atmosfera.

Stesen janakuasa solar angkasa lepas tersebut akan dilancarkan sedikit demi sedikit, dengan jangkaan bahawa ia akan menjana kuasa dalam lingkungan megawatt menjelang 2030, dan akan dinaiktaraf kepada ladang kuasa solar gigawatt menjelang 2050.

Untuk menghantar tenaga yang dijana oleh stesen tersebut, cadangan yang diberikan ialah untuk menghantarnya melalui gelombang mikro ke bangunan cawangan di permukaan bumi. Buat masa ini, penyelidikan sedang dijalankan untuk mengkaji kadar radioaktif yang akan dihasilkan melalui gelombang mikro tersebut.

Kebelakangan ini China dilihat sedang meningkatkan eksplorasi dan kajian mengenai angkasa lepas, dengan pencapaian terbaru mereka ialah nmendaratkan sebuah roket di kawasan gelap bulan.


TIPS & ULASAN