Hanya Pelindung Skrin Dari Whitestone Dome Yang Menyokong Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Galaxy S10

Hanya Pelindung Skrin Dari Whitestone Dome Yang Menyokong Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Galaxy S10

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Sejak Samsung Galaxy S7 diperkenalkan, agak sukar untuk mencari pelindung skrin yang baik – baik jenis plastik atau kaca. Ini kerana kedua-dua peranti Galaxy S7 menggunakan skrin melengkung (S7 kemasan 2D, S7 Edge dwi-lengkung). Rekaan skrin melengkung ini diteruskan pada Galaxy S8 sehinggalah Galaxy S10.

Dengan teknologi pengimbas cap jari bawah skrin yang hadir pada Samsung Galaxy S10, pasti akan ada tertanya – manakah pelindung skrin yang sesuai? Pelindung skrin rasmi yang tertiris sebelum ini dilihat agak janggal. Whitestone Dome mengatakan, hanya pelindung skrin kaca daripada mereka sahaja yang menyokong teknologi ini dan tiada pelindung skrin kaca lain yang boleh digunakan pada Galaxy S10.

Salah satu sebab mengapa mereka menggelar diri mereka sebagai satu-satu jenama yang menyokong Galaxy S10 adalah, pelindung skrin kaca mereka menggunakan teknik pemasangan pelekat cecair. Manakala, banyak pelindung skrin kaca lain menggunakan pelekat biasa yang akan meninggalkan ruang udara di tengah peranti. Ruang udara ini akan menyebabkan cap jari tidak boleh dikesan.

Pelindung skrin kaca Whitestone Dome untuk Galaxy S10 dijual pada harga $59.99, iaitu sekitar RM245. Galaxy S10 belum lagi dilancarkan, kelak selepas ia dilancarkan – pasti akan ada pelindung skrin kaca lain yang lebih berpatutan dengan teknik pasang yang sama.


TIPS & ULASAN