Huawei Dilaporkan Cuba Mengorek Rahsia Pengimbas Nadi Apple Watch Daripada Pembekal Apple

Huawei Dilaporkan Cuba Mengorek Rahsia Pengimbas Nadi Apple Watch Daripada Pembekal Apple

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Tiru meniru teknologi, perisian atau produk antara pengeluar dengan pengeluar yang lain bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi, apa yang Huawei lakukan ini adalah agak melampau.

Huawei dilaporkan cuba mengorek rahsia pengimbas nadi Apple Watch daripada pembekal Apple. Salah seorang daripada jurutera Huawei telah bertemu dengan pembekal Apple dengan menjanjikan akan membuat tempahan komponen yang banyak, dengan syarat spesifikasi pengimbas cap jari Apple Watch diberikan. Kemudian, wakil Huawei dikatakan memberitahu pembekal Apple – rekaan jam tangan mereka adalah mirip Apple Watch dan meminta pembekal Apple menganggarkan kos. Ini adalah strategi Huawei untuk cuba dapatkan kos Apple Watch, agar dapat teka komponen Apple Watch.

Selain itu, wakil Huawei turut dilaporkan menghantar gambar bahan-bahan (bahan-bahan mirip komponen Apple Watch) ke pembekal Apple dan menyuruh mereka mencadangkan rekaan daripada pengalaman mereka. Di mana pembekal Apple ini tolak, kerana sedar akan bahan-bahan tersebut adalah mirip Apple Watch. Huawei juga pernah cuba ingin mengambil bekas pekerja Apple untuk bekerja dengan mereka. Tetapi masa temu ramah, Huawei hanya cuba mengorek rahsia Apple dan bukannya temu ramah beliau.

Mengejutkan, Huawei juga dilaporkan pernah memberi rasuah kepada tukang cuci di kilang Apple untuk melakar rekaan komponen Apple secara senyap. Huawei turut pernah berjaya tiru rekaan engsel Macbook untuk digunakan pada Huawei Matebook Pro, tetapi pembekal Apple tidak ingin hasilkan dan Huawei berjaya jumpa pembekal lain.


TIPS & ULASAN